PARA
SYUHADA UHUD
UMMIE
HAZIZAN BT MD ZUKERY & FARIDAH BT ELIAS
Pengenalan
Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu
11 Syawal tahun ke-3 hijrah bersamaan 26 Mac 625 Masihi(K.H.Moenawar
Chalil,1999:103) antara
pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb
dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW. Peperangan ini
dinamakan Perang Uhud kerana terjadi sekitar bukit Uhud .Pasukan musyrikin
Mekah berjumlah 3 ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan dari
beberapa kabilah Arab antaranya Kinanah dan Tihamah. Pasukan Muslimin pada
mulanya berjumlah 1 ribu orang tetapi pada saat akhir Abdullah bin Ubay dan
para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Dengan itu
jumlah sebenar pasukan Muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud 700 orang
sahaja.
Bukit Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira 6 kilometer dari Masjid Nabawi. Di namakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung tersebut tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah. Sejarah ada mengatakan bahawa Bukit Uhud berwarna merah kerana menangisi kekalahan umat Islam.
Dalam pertempuran di kaki Bukit Uhud itu pasukan Muslimin mengalami kekalahan di mana 70 orang pahlawan gugur syahid manakala di pihak lawan cuma 23 orang sahaja yang terbunuh. Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Muthalib. Dalam peperangan tersebut, Rasulullah sendiri juga mengalami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau patah.
Bukit Uhud merupakan gunung yang bersejarah bagi orang Islam kerana di sinilah bersemadinya 70 orang syuhada termasuk Hamzah bin Abdul Muthalib. Menurut satu riwayat, di situ jugalah kubur Nabi Harun saudara kandung Nabi Musa.
Jika diperhatikan betul-betul, dikatakan kedudukan Bukit Uhud sedikit senget kerana ada kaitannya dengan Peperangan Uhud . Ketika para syuhada hendak dikebumikan agak jauh sedikit dari BukitUhud, maka, Bukit Uhud bergerak untuk mengikut mengiringi jenazah tersebut tetapi baginda Rasulullah SAW melarang Bukit Uhud dari berubah tempatnya. Oleh kerana itu, Bukit Uhud sedikit condong dari kedudukan asalnya.
Setiap kali Rasulullah SAW melalui Bukit Uhud, baginda akan berkata kepada para sahabat, "Lihatlah Bukit Uhud ini, dia mencintai aku dan aku mencintai dia."
Bukit Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira 6 kilometer dari Masjid Nabawi. Di namakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung tersebut tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah. Sejarah ada mengatakan bahawa Bukit Uhud berwarna merah kerana menangisi kekalahan umat Islam.
Dalam pertempuran di kaki Bukit Uhud itu pasukan Muslimin mengalami kekalahan di mana 70 orang pahlawan gugur syahid manakala di pihak lawan cuma 23 orang sahaja yang terbunuh. Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Muthalib. Dalam peperangan tersebut, Rasulullah sendiri juga mengalami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau patah.
Bukit Uhud merupakan gunung yang bersejarah bagi orang Islam kerana di sinilah bersemadinya 70 orang syuhada termasuk Hamzah bin Abdul Muthalib. Menurut satu riwayat, di situ jugalah kubur Nabi Harun saudara kandung Nabi Musa.
Jika diperhatikan betul-betul, dikatakan kedudukan Bukit Uhud sedikit senget kerana ada kaitannya dengan Peperangan Uhud . Ketika para syuhada hendak dikebumikan agak jauh sedikit dari BukitUhud, maka, Bukit Uhud bergerak untuk mengikut mengiringi jenazah tersebut tetapi baginda Rasulullah SAW melarang Bukit Uhud dari berubah tempatnya. Oleh kerana itu, Bukit Uhud sedikit condong dari kedudukan asalnya.
Setiap kali Rasulullah SAW melalui Bukit Uhud, baginda akan berkata kepada para sahabat, "Lihatlah Bukit Uhud ini, dia mencintai aku dan aku mencintai dia."
Faktor-faktor
Berlakunya Perang Uhud
Kekalahan kaum Musyrikin Makkah
dalam peperangan Badar benar-benar telah menjatuhkan maruah mereka sehinggakan
pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua mereka merasakan lebih baik mati daripada hidup
dengan terhina(Al-Mubarakpuri,1979:240).Perasaan dendam terhadap kaum muslimin
semakin berkobar-kobar dalam hati mereka kerana harta dagangan mereka telah
dirampas oleh kaum Muslimin dan perdagangan mereka tergugat. Orang Quraisy
berasa tergugat kerana mata pencarian mereka bergantung kepada perniagaan. Perniagaan
yang paling penting bagi mereka adalah di antara Makkah dan Syam. Setiap kali
pedagang mereka ke Syam, mereka akan disekat di Madinah. Mereka ingin mencari
jalan lain yang lebih selamat untuk meneruskan perniagaan mereka dan akhirnya
mereka menemui jalan baru tetapi perjalanan ini lebih jauh kerana terpaksa
melalui Iraq terlebih dahulu sebelum tiba di Syam. Keadaan ini menyebabkan
orang Quraisy tidak berhenti berusaha mencari jalan untuk membalas dendam
kepada Nabi S.A.W dan kaum Muslimin.
Perjalanan mereka melalui Iraq
sebelum tiba ke Syam jauh lebih panjang daripada melalui Madinah. Tetapi orang
Quraisy merasakan mereka lebih selamat apabila melalui jalan ini. Pedagang
pertama yang dihantar pihak Quraisy melalui jalan ini dipimpin oleh Abu Sufyan.
Pedagang ini membawa harta yang banyak dan sejarah ada menyebut sejuta dirham
wang perak. Mereka menghantar wang ini bagi membeli barang dari Syam dan dijual
di Yaman.
Allah
s.w.t menceritakan di dalam al-Quran ayat 1-4 surah Quraisy:
É#»n=\}
C·÷tè%
ÇÊÈ öNÎgÏÿ»s9¾Î)
s's#ômÍ
Ïä!$tGÏe±9$#
É#ø¢Á9$#ur
ÇËÈ (#rßç6÷èuù=sù
¡>u
#x»yd
ÏMøt7ø9$#
ÇÌÈ üÏ%©!$#
OßgyJyèôÛr&
`ÏiB
8íqã_
NßgoYtB#uäur
ô`ÏiB
¤$öqyz
ÇÍÈ
Maksudnya:
“Kerana kebiasaan aman tenteram kaum
Quraisy iaitu kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka menjalankan perniagaan
pada musim sejuk ke negeri Yaman dan pada musim panas ke negeri Syam. Oleh itu,
hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah kaabah ini, Tuhan yang memberi
mereka penghidupan, menyelamatkan mereka daripada kelaparan dan mengamankan
mereka daripada ketakutan”.
Satu
rehlah ke Syam dan satu rehlah lagi ke Yaman. Mereka bergerak secara rahsia.
Walau bagaimanapun, salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang bernama Sulait
mempunyai seorang sahabat baik daripada orang Quraisy yang bernama Nuaim bin
Mas’ud. Nuaim adalah salah seorang pembesar Quraisy yang tahu berkaitan
perjalanan perdagangan ini dan pada suatu hari, ketika dia sedang mabuk, Nuaim
menceritakan perjalanan perdagangan ini dari mula sampai ke
akhirnya(K.H.Moenawar Chalil,1999:113). Sulait yang berjaya mengorek rahsia
cepat-cepat melaporkannya kepada Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W menyuruh menyiapkan
sariah dan bergerak menunggu pedagang Abu Sufyan di pertengahan jalan ke Iraq. Apabila
rombongan Abu Sufyan lalu, mereka menyerang rombongan tersebut, dan anggota
rombongan tersebut lari menyelamatkan diri termasuklah Abu Sufyan dengan
meninggalkan unta-unta dan wang. Sariah ini berjaya dibawa balik ke Madinah dan
semua harta dirampas. Kali ini orang Islam berjaya mendapat harta rampasan yang
besar dan perkara ini mengejutkan kaum Quraisy Makkah.
Kaum Musyrikin Makkah tidak
mempunyai pilihan lain lagi, selepas harta perdagangan Abu Sufyan dirampas oleh
sariah Zaid bin Harithah, mereka meminta semua orang Makkah bersiap sedia untuk
berperang. Orang Quraisy mengeluarkan wang yang disimpan untuk perniagaan
mereka bagi membiayai peperangan menghapuskan orang Islam Madinah.
Abu Sufyan meminta bantuan daripada
keturunan Ghatafan yang didatangi tentera Islam beberapa bulan yang lalu dan
mereka memberi bantuan kepada Abu Sufyan. Abu Sufyan juga meminta bantuan
daripada Ahabish dan mereka turut menghulurkan bantuan. Abu Sufyan bekerja
keras dan berjaya mengumpulkan 3000 orang tentera(Al-Mubarakpuri,1979,241)
.Dalam masa tidak sampai setahun daripada kekalahan tentera Musyrikin Makkah
dalam perang Badar yang seramai 1000 orang, kini Abu Sufyan berjaya
mengumpulkan 3000 orang tentera dan 50000 dinar.
Sehubungan dengan peristiwa itu
Allah S.W.T menurunkan wahyu kepada Nabi S.A.W dalam surah Al-Anfal ayat 36:
¨bÎ)
úïÏ%©!$#
(#rãxÿx.
tbqà)ÏÿZã
óOßgs9ºuqøBr&
(#rÝÁuÏ9
`tã
È@Î6y
«!$#
4
$ygtRqà)ÏÿZã|¡sù
§NèO
Ücqä3s?
óOÎgøn=tæ
Zotó¡ym
§NèO
cqç7n=øóã
3
z`Ï%©!$#ur
(#ÿrãxÿx.
4n<Î)
zO¨Yygy_
crç|³øtä
ÇÌÏ
Maksudnya:“Sesungguhnya
orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka bagi menghalangi (orang)
daripada jalan Allah.Mereka akan menafkahkan harta itu,kemudian menjadi sesalan
bagi mereka dan mereka akan dikalahkan.dan kedalam neraka jahannamlah
orang-orang kafir itu dikumpulkan”.
Strategi
Peperangan
Sebelum peperangan Uhud berlaku nabi
Muhammad S.A.W telah bermimpi mengenai seekor lembu disembelih, hujung pedang
baginda sumbing, pedang baginda yang bernama Dzulfiqar tercabut dari sarungnya,
tangan baginda dimasukkan ke dalam baju perangnya yang tersimpan dan baginda
menyembelih seekor kibas. Mimpi ini telah diceritakan oleh baginda nabi
Muhammad S.A.W kepada kaum Muslimin.
Sebahagian sahabat bertanya mengenai
takwil mimpi tersebut dan Nabi S.A.W menerangkan, “Lembu yang disembelih itu
bermaksud seorang daripada sahabatku akan terbunuh, hujung pedangku yang
sumbing bermaksud seorang daripada keluargaku akan terbunuh, terlepas pedang
Dzulfiqar daripada sarungnya bererti akan berlaku dua perkara yang hebat, tanganku
yang aku masukkan ke dalam baju perang yang tersimpan bermaksud kita harus bertahan di dalam kota
Madinah, jangan sampai kita keluar dari kota Madinah dan sekiranya ada musuh
yang datang dari luar, haruslah kita hadapi dan kita perangi dalam Madinah
sahaja. Adapun kibas yang aku sembelih itu bererti aku akan membunuh seorang
pelindung kaum”(Zulkifli,2007:173).
Selepas nabi menceritakan takwil
mimpinya baginda mengadakan mesyuarat bersama dengan Abu Bakar, Umar dan
seluruh kaum Muslimin yang lain mengenai cara untuk menentang musuh yang akan
datang menyerang. Apakah perlu keluar dari Madinah atau tidak.
Dalam mesyuarat tersebut Rasulullah
S.A.W berpendapat tidak perlu keluar dari Madinah dan lebih baik berjaga serta
bersiap sedia di dalam kota sahaja. Hal ini kerana, kota Madinah dikelilingi
bukit- bukau dan gunung –ganang yang mampu menjadi benteng yang kukuh dan tidak
mudah diserang oleh musuh. Sekiranya musuh datang dari luar lalu berhenti dan
tidak menyerang, maka, mereka juga perlu berhenti walaupun tidak memperoleh
apa-apa. Sekiranya, musuh masuk dan menyerang, pasukan Muslimin akan berusaha
melawan serangan mereka dengan sehebat-hebatnya(K.H.Moenawar chalil,1999:196).
Pada awalnya, pendapat Nabi S.A.W
ini dipersetujui oleh ketua-ketua Muhajirin dan Ansar serta Abdullah bin Ubay
(ketua kaum Munafik).Namun, sebahagian tentera Muslimin yang diketuai oleh
Hamzah sebagai ketua pemuda menolak
dengan keras dengan mengemukakan alasan yang kuat untuk bertahan di luar kota
Madinah.
Golongan yang menuntut untuk
bertahan di luar kota lebih ramai sedangkan wahyu daripada Allah S.W.T tentang
soal tersebut tidak ada. Akhirnya nabi membuat keputusan mengikut suara
majoriti. Keputusan diambil dengan sebulat suara iaitu kaum Muslimin keluar
dari kota Madinah bagi menghadapi dan menyerang musuh. Seramai 1000 orang
tentera termasuk kaum munafik keluar dari Madinah.
Tentera Islam dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu bahagian pertahanan dan bahagian yang akan bertempur di medan
perang(Al-Mubarakpuri,1979:243). Kemudian nabi membahagikan tenteranya kepada
tiga pasukan iaitu pasukan Muhajirin, pasukan Aus dan pasukan Khazraj.
Dalam perjalanan iaitu ketika di asy-Syawt
(Al-Mubarakpuri,1979:245) Abdullah bin Ubay cuba melemahkan tentera Islam dengan
mempersoalkan sebab tentera Islam keluar ke medan terbuka sedangkan nabi S.W.T
dari awal lagi berpendapat agar bertahan di dalam kota Madinah. Dia cuba
mengeluarkan isu ini kerana dia tidak bersedia untuk berjihad. Akhirnya, dia
pulang ke Madinah bersama 300 orang pengikutnya dan menjadikan tentera Muslimin
seramai 700 orang yang akan berjihad(Zulkifli,2007:174).
Perjalanan diteruskan sehingga
pasukan Muslimin tiba di kaki Bukit Uhud. Mereka mendapati bilangan pihak musuh
empat kali ganda lebih ramai dari kaum Muslimin. Nabi Muhammad S.A.W segera
menyusun strategi dengan menjadikan bukit Uhud sebagai benteng bagi melindungi
tenteranya.
Sebelum bermula pertempuran,
Rasulullah S.A.W risau melihat bukit kecil berhampiran dengan bukit Uhud yang
memanjang ke arah medan perang di mana tentera musuh dapat berpusing ke arah
bukit itu. Sesiapa yang dapat menguasai bukit tersebut dia dapat menguasai
medan dengan panah. Rasulullah S.A.W memilih 50 orang pemanah yang cekap yang
diketuai oleh Abdullah bin Jubair dan memerintahkan pasukan pemanah berada di
atas bukit.
Pasukan pemanah mempunyai dua
peranan. Pertama, menghalang tentera Musyrikin daripada berpusing ke belakang
bukit dan menyerang tentera Islam dari belakang. Kedua, memanah tentera Musyrikin
dari atas bukit. Rasulullah S.A.W memberi arahan yang sangat jelas kepada
pasukan pemanah ini “Jagalah bahagian belakangku kerana sesungguhnya aku
bimbang sekiranya mereka datang dari arah belakangku. Tetaplah kamu di tempat
masing-masing dan janganlah kamu meninggalkannya. Sekiranya, kamu melihat aku
menyerang sehingga memasuki barisan mereka janganlah kamu berpecah belah dari
tempat masing-masing. Sekiranya kamu melihat aku terbunuh janganlah kamu
menolong aku dan melindungi aku. Hendaklah kamu memanah kuda-kuda mereka kerana
kuda tidak dapat mendahului panah. Sesungguhnya, kita akan tetap menang selagi
kamu tetap pada kedudukan. Hendaklah menahan serangan dengan panah supaya
mereka tidak dapat datang dari belakang kita dan janganlah tinggalkan tempat
ini sama ada menang atau kalah”(Al-Mubarakpuri,1979:257).Rasulullah
memerintahkan mereka walau apa pun yang berlaku pada tentera Islam 50 orang
pemanah ini mesti tetap pada kedudukan mereka dan nabi mengulangi kata-kata
baginda beberapa kali. Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Abdullah bin Zubair,
“Kamu tahan kuda-kuda itu dengan panahmu dan jangan sampai mereka datang dari
arah belakang kita. Bertahanlah di tempat kamu sama ada kamu menang atau
kalah”.
Nabi Muhammad menyusun tentera kaum
Muslimin dengan sayap kanan diserahkan kepada Zubair bin Al-Awwam dan sayap
kiri diserahkan kepada Munzir bin Amir. Bendera Islam dipegang oleh Mus’ab bin
Umair.
Pada peringkat awal, peperangan
berlaku satu lawan satu kerana pasukan tentera Quraisy ingin menunjuk-nunjuk
kekuatan tentera mereka. Walau bagaimanapun, semua tentera mereka yang gagah
berjaya dibunuh oleh tentera Islam dan menjadikan tentera mereka berasa gerun
untuk bertempur. Selepas itu barulah pertempuran sengit berlaku dan tentera Islam
berjaya menumbangkan dan membunuh pemegang bendera tentera musyrikin Quraisy
kerana Hamzah bin Abdul Muthalib yang merupakan pakar perang mengetahui cara
yang paling senang dan cepat untuk mengalahkan lawan iaitu dengan menumbangkan
bendera musuh. Seramai 9 orang pemegang bendera kaum musyrikin mengambil alih
bendera dan sebanyak 9 kali jugalah bendera kaum Musyrikin Quraisy rebah
sehinggakan tidak ada lagi yang sanggup untuk mengangkat bendera lagi kerana
orang yang memegang bendera akhirnya akan terbunuh(Zulkifli,2007:179). Keadaan
ini telah menyebabkan semangat tentera Musyrikin Quraisy mula goyah.
Walau bagaimanapun, pada masa ini tentera
berkuda pihak Quraisy yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid masih lagi tersusun
dan mereka tidak dapat menyerbu tentera Islam kerana dihalang pasukan pemanah. Mereka
terpaksa berundur ke belakang.
Pada
peringkat awal, kemenangan telah berpihak kepada tentera Islam tetapi akhirnya
tewas kepada pihak musuh disebabkan sikap tentera Islam yang mengingkari arahan
Nabi S.A.W. Pasukan pemanah telah meninggalkan kubu masing-masing untuk
mengejar harta rampasan perang(K.H.Moenawar Chalil,1999:109). Pengaruh harta
telah melemahkan kekuatan iman tentera Islam. Hal ini telah memberi peluang
kepada Khalid Al-Walid untuk mengkucar-kacir kan benteng pertahanan tentera Islam
dengan kembali semula ke Bukit Uhud dari arah belakang setelah pasukan
berkudanya berundur. Pada masa inilah ramai sahabat yang mati syahid
termasuklah bapa saudara nabi iaitu Hamzah b. Abdul Muthalib.
Kesan
Peperangan Uhud
Islam
dan Madinah
Setelah pulang ke Madinah, tentera Islam
telah mendapat kritikan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan kaum munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka
pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Perkara yang paling penting
dalam peperangan ini yang menyebabkan kekalahan umat Islam adalah disebabkan
ingkar arahan Nabi S.A.W sebagai ketua dan sifat tamakkan harta.
Walau bagaimanapun, terdapat pengajaran dan ujian yang besar dalam
peperangan ini iaitu Allah S.W.T mahu melihat siapa yang benar-benar taat dan patuh
kepada pemimpinnya iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Allah S.W.T memberi peluang
kepada orang yang ikhlas berjuang untuk mati syahid. Tambahan pula, dalam
peperangan ini nabi juga turut mengalami luka yang banyak pada tubuhnya. Antara
luka yang sangat membimbangkan adalah dua keeping pecahan rantai besi yang
telah masuk ke dalam dua pipi nabi dan sukar untuk dikeluarkan. Abu Ubaidah
cuba membuangnya dengan menggunakan giginya dan menyebabkan dua gigi kacipnya
patah(K.H.Moenawar,1999:124). Terlalu banyak pengajaran dan tarbiah dalam peperangan
Uhud ini yang Allah S.W.T ceritakan secara panjang lebar di dalam al-Quran dalam
surah Ali Imran ayat 149-168.
Quraisy
Pihak Quraisy terlebih dahulu
berundur dari medan perang dan mereka berhenti rehat di Abwa’. Pada masa itu,
mereka baru terfikir bahawa kemenangan mereka tidak memberi makna apa-apa
kerana mereka tidak mendapat memasuki Madinah, tidak dapat membunuh nabi, tidak
dapat membunuh Abu Bakar dan Umar, tidak
mendapat harta rampasan perang dan tawanan. Pada masa itu, mereka berazam untuk
berpatah balik menuju ke Madinah tetapi Nabi dari awal lagi dapat mengesan
strategi mereka dan Nabi bertindak menghantar perisik dan menyuruh tentera yang
menyertai perang Uhud bersedia menuju ke Hamra Al-Asad. Akhirnya, pihak Quraisy
tidak berjaya menyerang kembali tentera Islam dan Madinah(Zulkifli,2007:196).
Rasulullah
S.A.W sendiri yang menyelia pengebumian para syuhada dan bersabda, “Aku menjadi
saksi akan siapa yang tercedera kerana Allah. Allah akan membangkitkan semula
dengan cecair berwarna yang menyerupai darah pada lukanya tetapi berwangian
kasturi”(Al-Mubarakpuri,1979:275). Pada petang hari sebelum Nabi bersama
pasukan Muslimin pulang ke Madinah, baginda memerintahkan menguburkan jenazah
syuhada Uhud.
Sesetengah
sahabat membawa orang yang terbunuh dalam peperangan ke Madinah tetapi
Rasulullah S.A.W mengarahkan agar dibawa semula ke tempat di mana ia dibunuh
dan dikebumikan di situ. Rasulullah S.A.W menyuruh para sahabat menyusun mayat
sahabat yang syahid mengikut kadar hafalan al-Quran yang dihafal mereka. Baginda
mengarahkan supaya mayat para syuhada tidak dimandikan bahkan terus dikebumikan
setelah menanggalkan baju besi dan pakaian berkulit si mati. Ada yang
dikuburkan dalam satu liang lahad dan ada yang dikuburkan beberapa orang dalam
liang lahad. Seramai 70 orang Islam telah syahid dalam peperangan ini.
Seorang
sahabat iaitu Syamas b. Usman dibawa ke Madinah dalam keadaan luka parah dan meninggal
dunia beberapa hari kemudian. Nabi memerintahkan jasadnya dibawa ke Uhud dan
dikuburkan di sana.
PARA
SYUHADA UHUD
HAMZAH BIN ABDUL MUTHALIB
Hamzah bin Abdul Mathalib merupakan
bapa saudara kepada Nabi S.A.W iaitu anak kepada Abdul Muthalib b. Hasyim. Usia
Nabi S.A.W dan Hamzah hampir sebaya. Kelahiran yang hampir sebaya itu telah
menyebabkan naluri yang mengalir dalam darah diri masing-masing hampir serasi.
Hamzah seorang yang tidak suka kepada kehidupan yang penuh hiburan. Beliau
lebih gemar memberi perhatiannya kepada soal-soal untuk meningkatkan daya
kelakiannya. Beliau gemar kepada latihan kepahlawanan seperti perang tanding,
menunggang kuda, memanah, bermain tombak dan beradu kekuatan. Beliau juga gemar
memburu binatang liar di hutan(Tarikuddin 2003, siri 20-23: 99-100).
Hamzah memeluk Islam ketika mana
Nabi S.A.W masih lagi berdakwah secara sembunyi-sembunyi dengan menjadikan
rumah Arqam b. Abu Arqam sebagai markas penyebaran dakwah. Hamzah merupakan
salah seorang pahlawan dalam peperangan Badar al-Kubra. Sejak perang bermula,
keberanian dan kepahlawanannya terserlah dan sangat digeruni oleh pihak musuh.
Beliau digelar sebagai Singa Allah(اسد الله ). Semasa peperangan tersebut, beliau
telah membunuh ramai tentera musuh seperti, Abdullah Asad al- Makhzumi, Tu’mah
b. Adi Utbah b. Rabi’ah.
Selain perang Badar, beliau juga
turut serta dalam perang Uhud. Sekali lagi beliau membuktikan keberanian dan
kepahlawanannya dengan membunuh ramai musuh. Semasa dalam peperangan itu, beliau
berlari-lari ke tengah medan untuk mencari mangsanya. Setelah itu, beliau
menjumpai seorang pahlawan Quraisy yang bernama Siba’ b. Uzza. Siba’ berasa
pucat melihat Hamzah berdiri di hadapannya kerana itu sudah menandakan bahawa
mautnya sudah tiba.
Hamzah ingin mengulangi
kecemerlangannya dengan membunuh Siba’. Namun, Siba’ bukanlah calang-calang
pahlawan. Hamzah terpaksa berhadapan dengan Siba’ dengan penuh berhati-hati.
Pada ketika itu, Wahsyi b. Harb oarang upahan Jubair b. Mut’im dan Hindun
sedang berada di belakang sebuah batu besar tidak jauh dari tempat Hamzah dan
Siba’ berlawan. Hamzah tidak mengetahui dan menyedari ada seorang hamba hitam
yang mahu menusuknya dengan tombak beracun. Tumpuan Hamzah pada ketika itu
hanyalah kepada Siba’. Ketika Hamzah dan Siba’ sedang berlawan, lalu Wahsyi
tanpa berlengah terus melontar lembing ke arah badan Hamzah dan terus menikam
tepat di bahagian bawah pusat Hamzah. Wahsyi begitu gembira kerana sasarannya
sangat tepat. Hamzah berpaling kepada wahsyi dengan wajah yang sakit dan
berusaha sedaya upaya untuk mengejar Wahsyi. Hanya beberapa saat sahaja, lalu
Hamzah jatuh tersungkur ke bumi dan syahid(al-Kandahlawy 1983:529).
Setelah berita kematian Hamzah
sampai kepada Hindun, maka, wanita pendendam itu tanpa membuang masa terus berlari
menuju ke tempat mayat Hamzah yang terbaring. Sebaik sahaja sampai, Hindun
terus mengambil pisau di tangannya lalu membelah perut mayat Hamzah dan mengeluarkan
hatinya. Kemudian, Hindun memasukkan hati tersebut ke dalam mulutnya dan
dimamah dengan perasaan geram. Seperti orang yang kebuluran, Hindun
mengunyah-ngunyah hati Hamzah dan cuba ditelannya. Akan tetapi, dia tidak
berjaya untuk menelannya lalu, Hindun terus memuntahkan semula hati tersebut ke
tanah. Hal ini kerana, hati seorang kekasih Allah tidak akan mampu untuk sebati
dengan arah dan dagingnya(Tarikuddin 2003,siri 20-23:139).
Setelah berakhirnya peperangan,
mayat Hamzah dibawa ke hadapan baginda. Nabi S.A.W berasa amat sedih melihat
rupa mayat bapa saudaranya yang sudah tidak seperti manusia lagi. Nabi S.A.W
terus menangis dengan air mata yang berlinangan. Nabi S.A.W menatap jasad
Hamzah dengan pilu, dadanya yang sudah dibelah, hatinya sudah dibuang,
telinganya sudah dikerat-kerat dan hidungnya sudah dipotong-potong. Tiba-tiba
Safiyah binti Abdul Muthalib datang berlari-lari ke arah tempat baginda berdiri
meratapi mayat bapa saudaranya itu. Melihat keadaan itu, Nabi S.A.W terus
mengarahkan anak Safiyah iaitu az-Zubair b. Awwam agar menahan ibunya daripada
datang mendekati ke tempat mayat Hamzah. Hal ini kerana, Nabi S.A.W bimbang jika Safiyah tidak
tahan melihat mayat Hamzah yang telah diseksa dan di aib dengan sedemikian
rupa.
Selepas itu, Nabi S.A.W
menyembahyangkan jenazah Hamzah dan mengebumikannya bersama-sama dengan mayat
anak saudaranya yang juga gugur syahid di medan Uhud iaitu Abdullah b. Jahasy,
anak kepada Barrah binti. Abdul Muthalib.
Oleh itu, syahidnya Hamzah b. Abdul
Muthalib bukan seperti syahidnya para pahlawan dan pejuang Islam yang lain.
Beliau telah mendapat kemuliaan dari Allah kerana jasa-jasanya yang tidak
ternilai terhadap Nabi S.A.W dan Islam. Beliau telah dipilih oleh Allah untuk
menjadi sebaik-baik syuhada sama ada yang baru atau yang akan menyusul. Hamzah
mendapat darjat syuhada yang paling tinggi. Beliau telah diangkat menjadi
penghulu seluruh para syuhada. Sebagaimana sabda Nabi S.A.W:
“
Hamzah bin Abdul Muthalib adalah penghulu bagi seluruh syuhada”
MUS’AB BIN UMAIR
Mus’ab bin Umair merupakan seorang
pemuda yang berasal dari golongan bangsawan Makkah dan terhormat. Beliau
berwajah kacak dan segak. Beliau menjadi tumpuan kaum wanita pada ketika itu.
Ibunya bernama Khunnas binti Malik. Sebelum memeluk Islam, Mus’ab merupakan
golongan cendekiawan Makkah dan sering dijemput ke mesyuarat para pemimpin
Makkah yang ketika itu dihadiri oleh Abu Jahal, Abu Sufyan Ibn Harb dan para
bangsawan yang lain. Selepas memeluk Islam, beliau kemudiannya berubah menjadi
seorang yang zuhud dan warak.
Mus’ab sebenarnya seorang anak yang
paling disayangi oleh ibunya berbanding adik-beradiknya yang lain. Semua
permintaan beliau tidak pernah ditolak. Oleh itu, tidak hairanlah apabila
ibunya sangat marah selepas mengetahui Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya
telah mengurung dan menyeksa beliau selama beberapa hari dengan harapan Mus’ab
akan berpaling dengan Islam. Walau bagaimanapun, Mus’ab tetap teguh dan tegas
dengan Islam(Tarikuddin 2003,siri 14-19:116).
Ibunya telah melakukan banyak
perkara sehinggakan dia tidak makan dan minum sehinggalah Mus’ab meninggalkan
Islam. Akan tetapi, Mus’ab tetap bertegas dengan pegangannya Islam sehinggakan
beliau dihalau keluar dari rumahnya, lalu, beliau tinggal bersama-sama Nabi dan
para sahabat lain yang sangat daif pada ketika itu.
Sewaktu ancaman seksaan kaum Quraisy
ke atas kaum Muslim semakin menjadi-jadi, Nabi telah mengarahkan sebahagian
sahabat berhijrah ke Habsyah dan termasuklah Mus’ab dalam rombongan tersebut.
Mus’ab merupakan sahabat pertama yang diutuskan Nabi ke Madinah untuk
berdakwah. Dalam dakwahnya, beliau telah mendapat kejayaan cemerlang dan
menjadi pembuka jalan kepada Nabi dan sahabat untuk berhijrah ke Madinah.
Mus’ab telah menyertai dua
peperangan besar Islam iaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Sewaktu terjadinya
perang Uhud, beliau ditugaskan untuk memegang bendera-bendera Islam. Semasa di
peringkat kedua peperangan, telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Islam.
Walau bagaimanapun, Mus’ab tidak berganjak dari tempatnya sambil berkata bahawa
“ Muhammad adalah rasul dan sebelumnya
telah banyak diutuskan rasul”. Pada ketika itu, seorang tentera berkuda
Quraisy(Ibn Qamiah) menyerbu ke arah beliau dan menetak tangan kanannya yang
memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya
sambil mengulangi laungan tersebut. Laungan tersebut telah menyebabkan Ibn
Qamiah bertambah marah lalu menetak tangan kirinya pula. Lalu, Mus’ab terus
menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua tangannya yang kudung itu.
Akhirnya, Ibn Qamiah menikamnya dengan tomboknya. Lalu, gugurlah Mus’ab sebagai
syuhada Uhud(Tarikuddin 2003, siri 14-19:137-138).
Ketika jenazahnya hendak dikafankan,
tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu telah
menyebabkan Nabi S.A.W tidak dapat menahan kesedihan sehingga bercucuran air
mata baginda. Keadaan itu digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: “Apabila
ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka, akhirnya kain itu digunakan
untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun
kayu”.
Demikianlah, kisah keberanian dan
keperibadian seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian
Islam. Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan dalam
mempertahankan akidah yang tidak berbelah bahagi terhadap Islam sekalipun diuji
dengan kasih sayang kepada ibunya dan keimanan .Beliau telah menghabiskan
umurnya untuk Islam lalu meninggalkan kehebatan dunia dan berhijrah zahir dan
batin untuk mencapai kehebatan ukhrawi yang sejati.
ABDULLAH
BIN JAHSY
Abdullah bin Jahsy merupakan sepupu
Nabi S.A.W iaitu anak kepada Umaimah binti Abdul Mathalib. Di samping itu,
beliau juga merupakan ipar Nabi S.A.W kerana saudara perempuannya Zainab binti
Jahsy merupakan isteri Nabi S.A.W. Abdullah memeluk Islam sebelum Nabi S.A.W menjadikan
rumah al-Arqan sebagai pusat dakwah. Oleh sebab itu, beliau termasuk antara
sahabat yang awal masuk Islam (al- sabiquna al-awwalun).
Abdullah merupakan orang yang kedua
berhijrah selepas Abu Salamah ketika Nabi S.A.W mengizinkan para sahabat
berhijrah ke Madinah.
Beliau merupakan salah seorang lapan
orang yang dipilih Nabi S.A.W untuk membentuk sebuah pasukan tentera Islam dan
beliau dipilih sebagai ketua. Abdullah memegang bendera Islam yang pertama yang
diikat pada tongkatnya. Setelah dilantik menjadi pemimpin, beliau diperintahkan
oleh Nabi S.A.W untuk melakukan pengembaraan bagi tugasan perisikan. Semasa
berlaku perang Badar, beliau sama-sama turut berjuang dengan kaum Muslimin dan
beliau mengalami kecederaan parah.
Beliau juga turut sama-sama berjuang
ketika peperangan Uhud. Semasa dalam peperangan tersebut berlakulah suatu
peristiwa yang dialami oleh Abdullah bin Jahsy dan Sa’ad bin Abi Waqas. Ketika
mereka berdua berada di suatu tempat yang agak terpencil, lalu, Sa’ad bin Abi
Waqas berdoa kepada Allah, “ Ya Allah. Pertemukanlah aku dengan musuh yang
paling buas dan jahat. Aku akan melawannya dan berikanlah aku kemenangan”.
Manakala, Abdullah bin Jahsy
mengaminkan doa itu, dan turut menambah doa tersebut, “ Ya Allah.
Pertemukanlah aku dengan musuh yang jahat dan buas. Aku akan melawannya dan
gugur di tangannya. Kemudian, dia memotong hidung dan telingaku”.
Ketika perang berakhir, ternyata
Allah mengabulkan doa Abdullah bin Jahsy. Para sahabat menemui jasadnya gugur
seperti mana doa yang dimintanya daripada Allah. Hidung dan telinganya hilang
serta tubuhnya digantung dengan seutas tali.
Allah memelihara Abdullah bin Jahsy
dengan pahala syahid bersama-sama Hamzah bin Abdul Muthalib. Kedua-duanya gugur
dan dimakamkan di dalam satu liang lahad. Rasulullah mengalir air mata
membasahi kubur mereka, menambahkan keharuman darah syahid mereka tertumpah
melumuri jasad mereka.
MUKHAIRIQ
Mukhairiq merupakan seorang pendeta
Yahudi. Beliau merupakan kawan baik kepada dua orang pendeta Yahudi lain iaitu
Abdullah bin Salam dan Abdullah bin Suria. Allah telah mencampakkan cahaya
keimanan ke dalam hati Mukhairiq pada hari Nabi dan kaum Muslimin keluar
berperang di medan Uhud. Pada hari itu jugalah beliau memeluk Islam dan
mengajak kaumnya bersama-sama Nabi. Akan tetapi, orang Yahudi menolak ajakannya
dengan berkata bahawa hari itu adalah hari Sabtu dan mereka tidak dibenarkan
melakukan apa-apa pekerjaan termasuklah berperang. Walau bagaimanapun,
Mukhairiq tidak bersetuju dengan mereka lalu beliau berkejar ke medan perang
Uhud dan berjuang untuk membunuh musuh-musuh Allah.
Sebelum beliau berangkat, beliau
berpesan bahawa jika dia terbunuh di medan Uhud, maka, beliau mewasiatkan
seluruh harta kekayaannya diserahkan kepada Nabi S.A.W untuk digunakan. Setelah
itu, beliau terus menunggang kudanya dan berkejar ke Bukit Uhud. Sebaik sahaja
beliau sampai di sana, beliau mendapati tentera Islam hampir tewas dengan
tentera musyrikin Quraisy. Beliau berasa sangat marah dan geram dengan pihak
musuh yang begitu galak menghentam dan membunuh tentera-tentera Islam. Dengan
pedang yang terhunus di tangannya, Mukhairiq terus menyerbu ke tengah-tengah
medan sambil memarang dan membelah kepala-kepala musuh yang melintasinya.
Namun, akhirnya beliau telah menerima nasib yang begitu agung dan indah seperti
mana yang telah dirasai oleh Hamzah bin Abdul Muthalib, Mus’ab bin Umair,
Abdullah bin jahsy dan ramai lagi. Mukhairiq rebah di kaki kudanya dengan darah
syuhada yang akan berlumuran di badannya pada hari kebangkitan nanti.
Nabi Muhammad berkata bahawa sesiapa
yang ingin melihat ahli syurga yang tidak pernah sembahyang walaupun sekali,
maka, lihatlah Mukhairiq. Hari itu dia Islam dan ikut berjihad, hari itulah dia
syahid dan hari itulah juga dia mendapat syurga(Abdullah Zulkifli&Noor
Naemah 2010:181-182).
MALIK BIN
SINAN
Malik bin Sinan merupakan bapa
kepada Abu Said al-Khudri, salah seorang
daripada tiga orang pakar hadis dalam kalangan para sahabat Nabi dari
golongan orang-orang Ansar. Beliau merupakan sahabat Nabi yang kaya kerana
memiliki harta yang banyak. Walau bagaimanapun, beliau sanggup mengorbankan
harta kekayaannya semata-mata untuk meninggikan agama Allah sehingga seluruh
hartanya habis. Malik bin Sinan sanggup menjadi miskin kerana yakin bahawa
setiap pengorbanannya tidak akan disia-siakan oleh Allah. Nabi Muhammad begitu
berbangga dengan sikap Malik bin Sinan dan memujinya di hadapan sahabat-sahabat
lain.
Malik bin Sinan turut bersama-sama
nabi berperang di medan Uhud. Setelah peperangan berkecamuk, lalu, beliau menyerbu
ke tengah medan dan membuka pedangnya. Beliau berjuang dengan penuh semangat di
dada. Akan tetapi, setelah Khalid al-Walid menyerang tentera Islam dari arah
belakang Bukit Uhud, dan hampir 90% tentera Islam lari meninggalkan medan,
namun, Malik bin Sinan tetap tidak berganjak walau setapak pun. Beliau meliar
matanya kerana mencari Nabi. Dalam keadaan itu, beliau terus menyerbu dan
menyerang musuh sehingga badannya mendapat luka-luka. Selepas itu, beliau
terpandang Nabi yang juga mendapat kecederaan pada bahagian muka baginda dan
sedang dikelilingi para sahabat yang lain. Melihat keadaan itu, Malik bin
Sinan, terus mendapatkan Nabi dan memeluk baginda lalu menjilat darah yang
mengalir di pipi Nabi yang mulia. Dalam beberapa saat sahaja, darah suci Nabi
telah bercampur dengan darahnya. Maka, sebatilah darah dua insan yang jauh
bezanya di sisi Allah(Tarikuddin 2003,siri 14-19:36).
Beberapa batang anak panah terus
menyerang dan menembusi badan Malik bin Sinan ketika badan beliau menjadi
perisai kepada tubuh nabi. Maka, gugurlah Malik bin Sinan sebagaimana gugurnya
sekuntum bunga seroja di pantai yang dihempas ombak.
Setelah peperangan selesai, Nabi
telah menjumpai mayat Malik bin Sinan terbaring senyum kerana telah mengecapi
kenikmatan syurga Firdaus. Baginda bersabda ketika mayat Malik bin Sinan
diusung untuk dikebumikan:
“Barang siapa yang rindu melihat
pahlawan yang darahnya bercampur dengan darahku, maka, lihatlah kepada Malik
bin Sinan”.
ANAS
IBNU NADHAR
Anas ibnu Nadhar merupakan sahabat
Nabi yang tidak menyertai perang Badar. Beliau sangat menyesal dan sering
memarahi dirinya sendiri kerana tidak dapat menyertai tersebut. Oleh sebab itu,
beliau sangat berharap dapat menebusnya dalam peperangan selepas itu. Semasa
terjadinya peperangan Uhud, Anas ibnu Nadhar turut serta sebagai pejuang yang
gagah dan berani. Semasa dalam peperangan tersebut, Anas ibnu Nadhar melihat
sahabat Sa’ad bin Mu’adz sedang berjalan lalu menegurnya. Setelah itu, beliau
berkata bahawa beliau telah mencium keharuman syurga dari arah Uhud. Di
tengah-tengah peperangan tersebut, beliau berperang tanpa henti sehinggalah
beliau syahid. Sahabat menjumpai mayat beliau di antara para korban dengan 80
luka akibat tebasan pedang, tusukan tombak dan tusukan anak panah yang
dilakukan oleh kaum Quraisy(Abdurrahman Umairah 2001:141). Mayat beliau begitu
teruk sekali sehingga tidak dikenali oleh sahabat lain. Hanya, saudara
perempuannya sahaja yang dapat mengenalinya melalui ujung jari tangannya.
Inilah kisah Anas ibnu Nadhar yang
mencium keharuman syurga ketika masih hidup di dunia. Jika keikhlasan sudah ada
pada diri seseorang, maka, nikmat syurga pasti akan dirasai olehnya di dunia.
Terdapat ayat al-Quran yang diturunkan berkaitan dengan Anas ibnu Nadhar.
Firman Allah dalam al-Quran:
z`ÏiB
tûüÏZÏB÷sßJø9$#
×A%y`Í
(#qè%y|¹
$tB
(#rßyg»tã
©!$#
Ïmøn=tã
(
Nßg÷YÏJsù
`¨B
4Ó|Ós%
¼çmt6øtwU
Nåk÷]ÏBur
`¨B
ãÏàtF^t
(
$tBur
(#qä9£t/
WxÏö7s?
ÇËÌÈ
Maksudnya:
di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa
Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di
antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur
syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak
mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun.(al-Ahzab:23)
HANZOLAH
Hanzolah merupakan seorang sahabat
Nabi S.A.W yang baru sahaja berkahwin pada malam sebelum berlakunya peperangan
Uhud. Pada malam itu, Hanzolah meminta keizinan Nabi S.A.W untuk bersama-sama
isterinya sedangkan dia tidak tahu sama ada malam itu sebagai malam pertemuan
atau malam perpisahan bagi pasangan tersebut. Nabi S.A.W memberi keizinan
kepada Hanzolah untuk beliau bermalam bersama isterinya.
Namun, ketika Hanzolah terjaga dari
tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan dengan begitu kuat sekali.
Beliau mendapatkan berita daripada salah seorang sahabat bahawa tentera Islam
mendapat tentangan yang hebat dan berada dalam keadaan genting. Lalu, tanpa membuang
masa, Hanzolah terus memakai pakaian perang dan mengambil pedang. Beliau menuju
ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.
Semasa dalam perang tersebut,
Hanzolah berlawan dengan Abu Sofyan b. Harb. Dengan tangkasnya, beliau menebas
kaki kuda Abu Sofyan dari arah belakang sehingga Abu Sofyan terjatuh dari
kudanya. Pada saat itu, datanglah Syaddah b. Al-Aswad membantu Abu Sofyan
melawan Hanzolah. Kemudiannya, salah seorang daripada mereka telah melempar
lembing dan menusuk ke hati bersih Hanzolah. Lalu, Hanzolah turut menjadi
korban peperangan Uhud dalam keadaan masih berjunub.
Semasa Nabi S.A.W melihat mayat
beliau selepas perang tamat, baginda berkata bahawa Hanzolah telah dimandikan
oleh para malaikat. Pada masa itu Nabi S.A.W berpaling daripada mayat itu.
Sahabat-sahabat bertanya Nabi S.A.W sebab baginda berpaling daripada mayat.
Lalu, baginda menjawab bahawa bersama-sama Hanzolah ada dua orang isterinya
daripada bidadari syurga.
Salah seorang daripada sahabat, Abu
Said Saidi pergi melihat mayat Hanzolah. Wajah beliau begitu tenang sekali.
Dari rambutnya, kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung
Hanzolah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah
terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luar biasa
ini. Malahan, wafatnya juga sebagai syuhada menjadikan beliau sebagai penghuni
syurga tanpa dihisab.
SA’AD BIN
AR-RABI’
Nama penuhnya
ialah sa’ad bin ar-Rabi’ bin Amr bin Abi Zuhair. Sa’ad merupakan salah seorang
syuhada semasa perang Uhud. Beliau gugur disebabkan terkena 12 luka libasan
pedang musuh dengan luka yang cukup serius.
Ketika Sa’ad sedang nazak, seorang
pejuang Muslimin datang menghampirinya dan berkata bahawa dia mendengar berita
tentang kematian Nabi S.A.W. Kemudian, Sa’ad berkata bahawa jika Muhammad
terbunuh, maka, Tuhannya Muhammad tidak akan pernah terbunuh, agama serta
risalah yang dibawanya akan selalu terjaga. Jadi, apa yang sedang kamu lakukan
di sini ….?.cepat pergi dan belalah agamamu.
Sementara itu, Nabi S.A.W menyusun
semula pasukan tentera Muslimin yang telah kucar-kacir. Baginda memanggil satu
persatu para sahabatnya bagi mengetahui siapa yang masih hidup dan siapa yang
gugur. Pada ketika itu, baginda tidak menemukan Sa’ad bin Rabi’. Lalu, baginda
bersabda: “siapakah lelaki yang ingin melihat untukku keadaan Sa’ad bin
Rabi’, sama ada beliau masih hidup atau pun telah syahid?” kemudian,
seorang lelaki daripada kalangan Anshor berkata, “saya”.
Selepas itu, lelaki tersebut pergi mencari dan
melihat, sehinggalah dia dapati Sa’ad b. Rabi’ dalam keadaan cedera parah dan
hampir mati di kalangan mayat-mayat orang yang terbunuh. Lelaki itu terus
memberitahu Sa’ad bahawa Nabi S.A.W menyuruhnya untuk melihat keadaan beliau
sama ada beliau masih hidup atau telah syahid.
Kemudian, Sa’ad memberitahu bahawa
dia hampir mati dan menyuruh lelaki tersebut menyampaikan salamnya kepada Nabi
S.A.W dan memberitahu baginda bahawa sesungguhnya Sa’ad bin Rabi’ berkata
kepada Tuan:
“
Semoga Allah membalas Tuan dengan sebaik-baik ganjaran yang pernah dibalas
kepada seseorang nabi daripada umatnya.”
Beliau juga meminta lelaki tersebut
menyampaikan salamnya kepada umat Nabi S.A.W dan katakanlah kepada mereka:
“Sesungguhnya
Sa’ad berkata kepada kamu: Kamu tidak ada apa-apa alasan lagi di sisi Tuhan
kamu, jika ada yang berjaya menyakiti Nabi S.A.W, padahal di kalangan kamu
masih ada mata yang berkedip”(al-Ghazali 2010: 490).
IMARAH IBN YAZID
Namanya
ialah Imarah ibn Yazid ibn Sakan. Beliau merupakan orang yang melindungi Nabi
S.A.W dari arah bawah, meskipun, tubuhnya sendiri dipenuhi luka.di
tengah-tengah situasi genting tersebut, Nabi S.A.W sempat berseru supaya
mendekatkan Imarah kepada baginda. Lalu, Imarah pun merentangkan kakinya ke
arah Nabi S.A.W. Imarah syahid dalam posisi pipinya menempel di hujung kaki
Nabi S.A.W(al-Buthy 2009:289).
IYAS BIN AUS
Seorang lagi pahlawan Muslimin yang
berjuang di medan Uhud iaitu Iyas bin Aus. Beliau telah berjuang dengan gagah
dan beraninya sehinggalah beliau gugur syahid dalam peperangan tersebut. Beliau
telah mengikuti langkah sahabat-sahabat lain. Rohnya telah terbang ke langit
dan menuju ke pintu Firdaus yang terbuka luas(Tarikuddin 2003, siri 14-19:33)
Selain daripada 10 orang syuhada di atas, terdapat ramai
lagi sahabat yang gugur syahid dalam peperangan Uhud ini. Mereka adalah Syammas
bin Utsman, Amr bin Mu’adz bin Nu’man, al- Harith bin Anas bin Rafi’, as-Sakan
bin Rafi’, Salamah bin Tsabit bin
Waqasy, Husail bin Jabir(bapa kandung Huzaifah dan al-Yaman), Shaifi bin
Qaizhi, ‘Amru bin Tsabit bin Wahsyi,
Habbab bin Qaizhi, ‘Abbad bin Sahli, Al-Harits bin Ans bin Mu’adz, ‘Ubaid bin
At-Taihan, Habib bin Yazid bin Taimi, Yazid bin Hathib bin Umaiyah bin Rafi’,
Abu Sufian bin Al-Harits bin Qais bin Zaid, Unais bin Qatadah, Abu Habbah bin ‘Umar
bin Tsabit, ‘Abdullah bin Jabair bin An-Nu’man (Ketua Batalion Pemanah), Abu Sa’ad Khaitsamah bin Khaitsamah, ‘Abdullah bin
Salamah, Subai’ bin Hathib bin
Al-Harits, ‘Amru
bin Qais, Qais bin ‘Amru bin Qais, Tsabit bin ‘Amru bin Zaid, ‘Amir bin Mukhallid,
Abu Hurairah bin Al-Harits bin ‘Alqamah bin ‘Amru, ‘Amru bin Muthraf ‘Alqamah bin ‘Amru.
‘Aus bin Tsabit bin Al-Mudzir
(Adik-beradik Hussan bin Tsabit), Qais bin Mukhallid, Kaisan (Hamba kepada Bani An-Najjar), Salim bin Al-Harits, Nu’man bin ‘Abdu ‘Amru, Kharijah bin Zaid bin Abu Zuhair, Aus
bin Al-Arqam, Sa’id bin Suwaid, ‘Utbah bin Rabi’, Tsa’labah bin Sa’ad bin Malik, Saqaf bin Farwah bin Al-Budai,
‘Abdullah bin ‘Amru bin Wahab, Dhamrah (Halif bagi Bani Tharif), Naufal bin ‘Abdullah, ‘Abbas bin ‘Ubadah, Nu’man bin Malik bin Tsa’labah, Al-Mujdar bin
Ziad (Dikebumikan dalam satu kubur), ‘Ubadah bin Al-Hashas, Rifa’ah bin ‘Amru,
‘Abdullah bin ‘Amru (dari Bani Haram)( Dikebumikan
dalam satu kubur), ‘Amru bin Al-Jamuh (dari Bani Haram), Khallad bin ‘Amru bin Al-Jamuh, Abu Aiman, Maula
‘Amru bin Al-Jamuh, Salim bin
‘Amru bin Hadidah, Antarah (Maula Salim), Sahal bin Qais bin Abu Ka’ab, Dzakwan
bin ‘Abdu Qais, ’Ubaid bin Al-Mu’alla, Malik
bin Tumailah, Harits bin ‘Udai bin Khursyah, Malik bin Iyas, Iyas bin Udai, dan ‘Amru bin Iyas.
Kesimpulan
Peperangan Uhud yang berlaku pada
tahun ke-3 hijjrah telah menyaksikan kekalahan tentera Islam disebabkan oleh
ketamakan tentera pemanah akan harta dan mengingkari perintah Nabi. Seramai 70
orang pahlawan Islam telah syahid dalam peperangan tersebut. Oleh sebab itu,
peperangan Uhud ini memberi pelbagai
iktibar kepada masyarakat Islam pada hari ini, antara yang paling penting
adalah patuh kepada arahan pemimpin dan berniat ikhlas dalam berjuang menentang
musuh Allah dan agama.
RUJUKAN
Al-Quran
Dr. Said Ramadhan al-Buthy.2009.Fiqh as-Sirah an-Nabawiyah Ma’a
Mujaz li Tarikh al-Khalifah ar-Rasyidah.Damaskus:Darul Fikr.
Safi ur-Rahman al-Mubarakpuri.1979.الرحيق
المختوم بحنث في السيرة النبوية.Madinah:al-Hidayah
of publishers sdn.bhd.
Dr. Abdurrahman Umairah.2001.Tokoh-tokoh yang Diabadikan
Al-Quran Jilid 3.Jakarta:Geme Insani Press.
Tarikuddin bin Haji Hassan.2003.Para Sahabat yang Telah Mencium
Keharuman Firdaus siri 20-23.Johor:Perniagaan Jahabersa.
Tarikuddin bin Haji Hassan.2003.Para Sahabat yang Telah Mencium
Keharuman Firdaus siri 14-19.Johor:Perniagaan Jahabersa.
Syeikh Muhammad al-Ghazali.2010.Fiqh Sirah.Kuala
Lumpur:Pustaka Salam SDN.BHD.
Zulkifli mohd yusuf, nor naemah abdul Rahman.2007.Biografi
Muhammad b. Abdullah:PTS Islamika SDN.BHD.
K.H. Moenawar Chalil.2011.Muhammad Gemilang Sebuah empayar:PTS
Islamika SDN.BHD.