Wednesday, 28 December 2011

PENYELESAIAN MASALAH (DEFINISI DAN FAEDAH)


PENGENALAN

Konsep penyelesaian masalah termasuk dalam kompenan berfikir secara kritis dan kreatif. Menyelesaikan masalah merupakan keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan langkah-langkah alternative untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada untuk mencapai objektif yang dihasratkan. Menyelesaikan masalah dengan bijak adalah penting dalam kehidupan seharian kita kerana dapat memajukan lagi kehidupan kita dengan ciptaan dan rekaan teknologi yang lebih canggih dan menjadikan kehidupan kita lebih selesa dan selamat.



DEFINISI MASALAH

Terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan tentang masalah:
          
1) Menurut Jauharah(1995)

Masalah boleh ditafsirkan sebagai perbezaan yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini tentang suatu benda, perkara, hal atau keadaan. Contoh seorang yang berada di Johor Bahru perlu berada di Alor Setar dalam masa 4 jam. Masalahnya bukan kerana dia tidak berada di Alor Setar tetapi jarak melebihi 600 kilometer itulah masalahnya untuk sampai dalam masa 4 jam.

2) Muhammad Awang(1990)

Matlamat yang cuba dicapai tetapi tidak mengetahui bagaimana untuk mencapai matlamt itu dengan segera.
Masalah mempunyai 3 kompenan asas:
-  Sekumpulan maklumat yang tersedia, iaitu satu penghuraian tentang masala
- Sekumpulan operasi atau pergerakan yang sah yang mungkin diambil bagi   menghasilkan  penyelesaian. 
-  Matlamat atau penghuraian tentang keadaan yang dianggap sebagai penyelesai kepada masalah.
          
 3)  Robertson(2001)

Masalah ialah apabila anda tidak tahu bagaimana untuk berbuat sesuatu bila anda diminta untuk bertindak.
           
4) Hidetoshi Shibata(1998)

Masalah terjadi dengan adanya tujuan atau matlamat.



FAEDAH MASALAH

      Perkataan “masalah”sering disalah anggap sebagai sesuatu yang negatif. Ia membuat seseorang merasa gelisah. Sebaliknya masalah adalah sumber input yang besar untuk kesihatan otak. Masalah juga berperanan memperluaskan imiginasi. Malah ada sesetengah orang, masalah adalah sumber rezeki mereka, kerana selagi ada masalah, selagi itu mereka mengaut keuntungan. Menurut Ainon et al(2005), selagi ada orang yang melakukan kesilapan selagi itulah adanya masalah  yang perlu diselesaikan. Barang siapa yang berjaya mencipta penyelesaian, dialah yang menerima habuan daripada kejayaan itu, bagi menikmati lebih banyak peluang, kita perlulah mahir dalm mengenal masalah di persekitaran kita.







  










2 comments:

  1. Blog anda sangat menarik dan cantik,isi ilmunya sangat berkualiti, tahniah. semoga dapat menghasilkan post2 ilmu yang lebih menarik.

    ReplyDelete