PESANAN IKHLAS DARI KUMPULAN MUHIBBAH........
Saturday, 31 December 2011
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT bahagian 2
KAEDAH MEMPEROLEH DAN APLIKASI
# USIA 6-24 TAHUN : pembelajaran pada usia ini berlangsung di institusi-institusi pendidikan; sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi. Objektif pembelajaran pada tahap ini untuk membangukan secara holistic empat aspek berikut iaitu : (1) aspek fizikal, (2) intelektual (3) kapasiti social dan (4) pembangunan emosi dan mental.
# USIA 25-60 TAHUN : pembelajaran pada tahap usia ini berlangsung secara tidak formal melalui media instructional di tempat kerja, dari rakan sekerja, media massa, teknologi maklumat, persekitaran dan alam sekitar. Individu julat umur ini belajar daripada pengalaman penyelesaian masalah. Untuk itu mereka memerlukan pembangunan intelek, kemampuan dan intergriti yang berterusan.
# USIA 60 TAHUN KE ATAS : Pembelajaran menerusi aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tahap umur mereka seperti kerja-kerja bersifat kemasyarakatan. Individu dalam julat ini mampu mendapat dan menyumbangkan pengetahuan kepada masyarakat. Mereka juag boleh menjalankan kerja-karja sukarela melalui persatuan atau kelab komuniti yang wujud daam masyarakat. Aktiviti seperti ini mampu melahirkan rasa kepuasan kepda golongan ini disamping member I faedah kepada masyarakat.
MODEL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
RUMUSAN
KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT ADALAH SALING BERKAIT ANTARA SATU SAMA LAIN......(^_^)
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
KONSEP DAN DEFINISI
Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi kendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individi mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin dan serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup.( Ibrahim Ahmad Bajunid 2006, Hargreaves 2004, Aspin et al. 2001, Gelpi 1995).
Zulkefli (2005) mentakrifkan PSH atau Pembelajaran Brerterusan sebagai prose sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembeajaran.
PSH dilalaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks berikut iaitu:
1, Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.
2, Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya.
3, Pendidikan lanjutan yang berkonsepkan formal dan dijalankan di instituasi pengajian tinggi.
4, Latihan dalam perkhimatan (job trining) yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalui bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
LITERASI MAKLUMAT DAN PSH
Untuk memperkasakan penguasaan literasi maklumat, proses PSH perlu dilaksanakan secara konsisten. Kedua-dua jelas mempunyai hubung kait di antara satu sama lain seperti berikut:
1, Bersifat mendorong-kendiri dan terarah-kendiri:
Kedua-dua proses berjalan berasaskan inisiatif dan motivasi kendiri setiap individu tanpa memerlukan arahan atau panduan individu yang lain. Walau bagaimanapun, bimbingan atau nasihat individu yang berpengalaman boleh membantu dalam kedua-dua proses tersebut.
2, Berpotensi membangunkan kuasa-kendiri :
Kedua-dua proses berpotensi membangunkan kuasa-kendiri setiap individu ke tahap yang lebih baik dalam kehidupan tanpa mengira latar belakang ekonomi atau social (umur, agama, bangsa dan status).
3, Bersifat benar-kendiri :
Kedua-dua proses akam menjadikan seorang indvidu celik maklumat dan pengetahuan serta berpotensi menjadikannya seorang yang berilmu dan bermoral.
PENGURUSAN MAKLUMAT
DEFINISI DAN KONSEP MAKLUMAT
Menurut beberapa kamus umum, maklumat ialah data, bahan, dan pengetahuan. Selain itu, maklumat adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mana mempunyai makna. Ciri-ciri maklumat perlulah relevan, boleh dipercayai, boleh difahami, lengkap, tepat pada masanya.
KONSEP LITERASI MAKLUMAT
PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
KEPENTINGAN
1, Pada peringkat individu, ia boleh membantu individu merancang srategi untuk mendapat kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan kerjaya mereka.
2, Dapat menguasai pelbagai kemahiran terkini.
3, Pada peringkat organisasi, pengurusan pengetahuan juga dapat membantu organisasi dalam memperbaiki kebersanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja, dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih lebih berkesan dan cekap.(Beijerse 1999).
4, Amat releven dalam aspek isu semasa bagi menghasilkan keputusan yang betul mengenai isu-isu yang penting dalam kehidupan seharian.
5, Berupaya mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan sesorang individu itu menguasai ilmu, menghayati nilai murni dan memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.
6, Penguasaan PSH adalah sejajar dengan kehendak social dan ekonomi semasa yang mendorong individu menjadi aktif demi kebaikan diri sendiri.(Zahiyah dan Abdul Razak 2010)
Friday, 30 December 2011
KERJA BERPASUKAN (2)
Pasukan dibentuk dan tugas diagihkan. Di sini ahli pasukan lebih kepada pelakuan perseorangan. Walaupun persefahaman itu ada, tetapi ahli pasukan tidak mengenali satu sama lain untuk mempercayai. Masa dihabiskan untuk merancang, mengumpul data dan menjalinkan hubungan antara satu sama lain.
2, STORMING/MENCAMBAH
Pasukan cuba menangani tugasan pekerjaan dengan mencadangkan idea-idea. Akan tetapi percangahan idea dan jika fasa ini tidak dikendali dengan baik, ia akam melumpuhkan kerja berpasukan. Perhubungan antara pasukan akan terbentuk atau tidak di fasa ini.
Jika pasukan terlebih fokus untuk mendapatkan persetujuan semua, pasukan mungkin akan memilih jalan atau cara terbaik untuk menyelesaikan masalah atau pekerjaan. Ini akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Amatlah pentig jika difasa ini, pasukan tersebut memnpunyai pemimpin yang boleh menjalankan pekerjaan debgan teguh dan kuat.
3, NORMING/NORMA
Dalam fasa ini ahli pasukan bergerak kea rah bekerja secara harmoni dengan ahli bersetuju terhadap nilai dan peraturan pasukan beroperasi. Dalam situasi yang terbaik, pasukan boleh bertindak supaya ahli pasukan mengambillebih tanggungjawab. Risiko yang mungkin berlaku ialah pasukan mungkin menjadi relax dan dan mereka kehilangan daya kretiviti dan daya usaha yang membawa mereka ke tahap tersebut.
4, PERFORMING/MENJALANKAN
Tidak semua pasukan akan mencapai tahap ini. Pasukan dikenali sebagai pasukan yang Berjaya menjalankan tugas jika mereka ada keupayaan bekerja sendiri, bermotivasi, berilmu dan berdaya boleh. Keputusan dibuat secara kolaboratif dan sikap bertoleransi diamalkan kerana wujud sikap saling hormat menghormati dalam komunikasi antar ahli pasukan.
5, ADJOURNING & TRANSFORMIG/ PENAMATAN
Ini adalah fasa terakhir yang ditambah oleh Tuckman untuk meliputi penamatan projek dan pembubaran kerja berpasukan. Pasukan boleh kembali ke mana-manafasa dalam model ininjiak mereka mengalami perubahan seperti melihat semula matlamat projek atau perubahan ahli pasukan. Dalam pasukan yang Berjaya, apabila seseorang ahli pasukan meninggalakn pasukan dan ahli baru masuk, pasukan biasanya akan ke faa forming.
KELEBIHAN DAN FAEDAH KERJA BERPASUKAN
2, Membuat Keputusan dan Penyelesaian Masalah
3, Sumber Manusia Lebih Produktif
4,Membina Komitmen
5, Komunikasi berkesan
6, Berkualiti
7,Semangat dan Motivasi
8, Mengurangkan Tenaga dan Kakitangan
9, Kepuasan Bekerja
1, Kepimpinan Ketua
2, Keanggotaan Ahli
3, Rangkaian Hubungan
4,Cara Penyelesaian Masalah
5, Mencapai Matlamat
RUMUSAN...
Kepimpinan dalam organisi adalah merupakan faktor yang penting dalam menentukan jatuh bangun sebuah organisasi kerana pemimpinlah yang menentukan bagaimana anggota lain digerakkan ke tahap maksimun bagi mencapai matlamat organisasi.
PEMBANGUNAN KEPIMPINAN MELALUI KERJA BERPASUKAN
DEFINISI KONSEP KERJA BERPASUKAN
Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan yang unik tapi kreatif. Hal ini kerana pendekatan kerja berpasukan mengenal pasti segala kekuatan dan kelebihan kesemua ahli, mengembleng segala elemen positif dan mengabungkannya sebagai satu punca tenaga yang baru (Francis & Young 1979). Pemimpin atau pengurus boleh menjadikan satu pasukan kerja yang lebih efektif dengan cara mengumpul semua ahlinya yang berbakat serta memupuk dan memotivasikan semangat mereka menjadi lebih positif demi mencapai matlamat pasukan kerja yang ditetapkan.
PERBEZAAN ANTARA KERJA BERKUMPULAN DAN KERJA BERPASUKAN
KERJA BERKUMPULAN atau GROUP WORK terdiri daripada individu yang melakukan kerja masing-masing yang dipertanggungjawabkan dalam satu kumpulan. Ahli-ahli dalam satu kumpulan ini mungkin tidak mempunyai matlamat yang sama tapi mereka masing-masing bertekad mahu menyiapkan kerja mereka. Kesimpulannya dalm kumpulan kerja, ahli berusaha untuk menyiapkan kerja demi untuk mendapatkan ganjaran yang tertentu seperti pengiktirafan emosi ataupun pulangan kewangan.
KERJA BERPASUKAN ialah satu kumpulan kerja ahli-ahlinya melaksanakan tugas bersama-sama dan berusaha mewujudkan suasana kerja yang lebih harmonis (Shari,1991). Francis Young(1997) menambah bahawa ahli kepada satu pasukan kerja bekerja dalam satu kumpulan dengan tekad untuk bekerjasama. Ahli pasukan mempunyai satu matlamat yang sama bagi iaitu, menyiapkan sesuatu kerja. Dengan ringkasnya ahli pasukan kerja mempunayai garis panduan dan atur cara yang ditetapkan dan beriltizam memberikan hasil kerja yang berkualiti dem untuk mencapai wawasan bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)














