Loading...

Friday, 30 December 2011

BENTUK-BENTUK PENYELESAIAN MASALAH

BENTUK-BENTUK PENYELESAIAN MASALAH
Menyelesaikan masalah adalah aktiviti yang sukar, tetapi lebih sukar lagi aktiviti mencari dan mengenal masalah. Keupayaan menyelesaiakn masalah adalah penting. Tetapi lebih penting lagi ialah keupayaan merumuskan apakah masalah yang sebenarnya sedang cuba diselesaikan?

BENTUK-BENTUK PENYELESAIAN MASALAH TERDIRI DARI BEBERAPA BENTUK PENYELESAIAN. ANTARANYA:

1, Penyelesaian masalah secara saintifik.
2, Penyelesaian masalah secara kritis/ logik
3, Penyelesaian masalah secara kreatif/ lateral
4, Penyelesaian masalah secara islam
5, Penyelesaian masalah secara emosi
6, Penyelesaian masalah secara rohani
7, Penyelesaian masalah secara intuitif
8, Penyelesaian masalah melalui pemikiran reflektif
9, Penyelesaian masalah melalui pengalaman lalu


 PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK

Ø  Mengadakan hipotesis iaitu ramalan yang munasabah berdasarkan pemerhatian.
Ø  Mengumpul maklumat iaitu, pengumpulan data yang bertujuan untuk menguji hipotesis yang dibuat. Contohnya ujikaji, kajian kes, soal selidik dan sebagainya.
Ø  Membuat kesimpulan iaitu mengadakan interpretasi dan kesimpulan  tentang kajian yang telah dijalankan. Selagi tidak terdapat bukti ataupun bukti tidak mencukupi, maka kesimpulan tidak dapat dibuat dan hukuman tidak boleh ditentukan.

PENYELESAIAN MASALAH SECARA KRITIS DAN LOGIK

Menurut Abdul Rahman menyelesaikan masalah secara logik  melibatkan proses rasianal-deduktif:

Ø Mengenal pasti dan memahami premis masalah.
Ø Mencari sebab dan punca masalah.
Ø Menilai cara-cara penyelesaian iaitu, memilih cara-cara terbaik dan paling berkesan untuk menghadapi masalah yang dihadapi.
Ø Membuat kesimpulan tentang kesan pelaksanaannya.

PENYELESAIAN MASALAH SECARA KREATIF / LATERAL

Ø Tidak terus menggunakan kaedah pertama yang didapati
Ø Cuba fikirkan apakah cara-cara yang mungkin digunakan oleh orang lain seandainya masalah itu berlaku pada mereka.
Ø Tidak bersifat defensive terhadap masalah itu.
Ø Minta pendapat orang lain yang tidak selalu terlibat dengan masalah.
Ø Biasakan dengan tabiat mengeram idea-idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Ø Yakin pada diri dan idea sendiri
Ø Gunakan peta minda.
Ø Biasakan diri dengan tabiat sengaja mencari-cari pelbagai masalah yang ada di sekeliling kita.


PENYELESAIAN MASALAH SECARA ISLAM


  Menurut Abdul Rahman(2002), penyelesaian masalah secara islam terbahagi kepada tiga pendekatan , iaitu pendekatan tauhid, pendekatan hokum dan pendekatan sufi. Ketiga-tiga  pendekatan ini juga dikenali sebagai aqidah, syariah dan akhlak. Pendekatan ini saling melengkapi dan saling menguatkan , kerana semuanya berasaskan ajaran islam yang syumul (menyeluruh) dan takammul(sempurna).

Pendekatan secara tauhid:
Ø  Tuhan
Ø  Alam
Ø  Manusia.

Pendekatan hukum:
Ø  Pendekatan Sufi.


















No comments:

Post a Comment