Tuesday 20 December 2011

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PENDAHULUAN
Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain.Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Maka, kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya.Jadi, penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang melibatkan orang lain.Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang.Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti kemahiran bukan lisan,kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta berkebolehan berinteraksi secara berkesan.

DEFINISI & KONSEP KOMUNIKASI
Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain (penerima). Menurut sarjana ini, dalam sesuatu proses komunikasi akan melibatkan lima langkah,iaitu:
  1. Pengirim membentuk idea
  2. Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej 
  3. Mesej akan melalui saluran komunikasi 
  4. Penerima mendekodkan mesej tersebut
  5. Maklum balas dihantar kepada pengirim











Rajah 1:Proses komunikasi


KEPENTINGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
1.Kepentingan dari segi hubungan insan(kemasyarakatan)
    Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang memiliki tingkah laku tertentu.Pemahaman dan penetahuan tentang konteks adalah perlu untuk membantu kita memahami tingkah laku orang lain.Penguasaan dalam perkara ini dapat mengelakkan kita daripada terus membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa melihatnya secar lebih terperinci.Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkah laku seseorang ialah aspek budaya.Perbezaan budaya sering dilihat sebagai faktor yang dapat menyukarkan komunikasi di antara dua orang yang datang daripada latar belakang budaya yang berbeza.Contohnya:




2.Kepentingan dari segi akademik
    Mahasiswa wajib menguasai kemahiran komunikasi dari aspek akademik.Kemahiran ini sangat penting dalam hubungan para pensyarah khususnya apabila berinteraksi dengan mereka untuk menyiapkan tugasan kursus.Kemahiran interaksi yang baik dengan pensyarah memperlihatkan sikap positif terhadap tanggungjawab sebagai mahasiswa,tanda hormat anda kepada pensyarah dan guru dan dapat mencerminkan maruah dan harga diri mahasiswayang tinggi.Kemahiran dari segi ini meliputi pengusaan dari segi penulisan dan lisan.Mahasiswa tidak boleh,contohnya,berinteraksi dengan menggunakan bahasaslanga atau rojak apabila bercakap dengan pensyarah atau apabila menghubungi mereka melalui khidmat pesanan ringkas(SMS).


JENIS-JENIS KOMUNIKASI


1. Komunikasi Lisan


     Alat utama komunikasi lisan adalah bahasa.Berbahasa yang baik dan efektif,padat dan jelas dalam menyampaikan pendapat atau perasaan dengan sopan adalah kunci kepada komunikasi lisan yang baik.Jenis komunikasi ini sangat dipengaruhi oleh beberapa aspek,iaitu:

  • Perbendaharaan kata
  • Kelajuan
  • Intonasi
  • Humor
  • Singkat dan jelas
Contoh komunikasi lisan:





















2.Komunikasi Bukan Verbal


    Komunikasi lisan dan komunikasi bukan verbal sering berlaku secara serentak.Harrison (1974) telah mencadangkan bahawa sebarang situasi komunikasi boleh dilihat sebagai satu penggabungan komunikasi lisan dan bukan verbal.
     Aspek-aspek komunikasi bukan verbal dan pengaruhnya meliputi hal-hal berikut:

  • Ekspresi wajah:Menyebabkan komunikasi berkesan atau sebaliknya.Contoh ekspresi muka,


  • Pandangan mata:Melakukan pandangan mata ketika berinteraksi bererti orang tersebut   terlibat dan enghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memerhatikan bukan sekadar mendengar sahaja.
  • Sentuhan:Proses komunikasi akan berjalan dengan lebih baik dengan adanya sentuhan.
  • Gaya tubuh dan gaya berjalan:Kedua-dua gaya ini mencerminkan emosi,konsep diri dan tahap kesihatan seseorang
  • Isyarat:Isyarat seperti mengerakkan tangan dan mengetuk-ngetukkaki ketika berbicara,sebagai keseluruhan komunikasi merupakan ekspresi keadaan seseorang.Contoh:


3. Komunikasi Bertulis

    Penulisan merupakan aktiviti merakamkan idea,pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis atau grafik.Tujuannya ialah untuk menyalurkan mesej,berhubung atau berkongsi maklumat.Komunikasi ini mempunyai kelebihannya sendiri iaitu ia kekal dan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.
    Komunikasi ini berlaku secara spontan atau dirancang dan melibatkan beberapa faktor:

  • Fakta
  • Gaya
  • Laras
  • Pengolahan
  • Bahasa
    Terdapat beberapa bentuk atau jenis jenis teks komunikasi bertulis,seperti:
  • Surat rasmi
  • Memo
  • Emel
  • Tulisan ilmiah 





 
  













9 comments:

  1. thanks for the notes..i really appreciate it.its really help me for ,y assignment..thankss :))

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, nota anda sangat membantu saya :)

    ReplyDelete
  3. sangat bagus. boleh saya tahu rujukan dari sumber mana ya?

    ReplyDelete
  4. Sangat membantu..terima kasih

    ReplyDelete
  5. Terima kasih ...perkongsiaan ini sangat membantu tugasan saya.

    ReplyDelete
  6. Sangat membantu. Terima kasih

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. mantap ahh ass untuk poli ni hahaha terima kasih

    ReplyDelete