Wednesday 28 December 2011

LOGIK DEDUKTIF DAN LOGIK INDUKTIF

LOGIK DEDUKTIF

Deduktif merupakan satu proses menyatakan kesimpulan daripada yang umum kepada yang khusus dan perkataan ini berasal daripada istilah bahasa Latin iaitu “de” yang bermaksud daripada dan “decure” yang bermaksud memimpin, ke arah. Gabungan antara kedua-dua ini membentuk maksud memimpin dari sesuatu ke suatu kesimpulan.
            
      Deduktif mempunyai kaitan rapat dengan logik klasik yang diasaskan oleh Aristotle. Logik deduktif yang pertama ialah silogisme. Kaedah menggunakan deduktif disebut sebagai deduksi. Premis dan kesimpulan bagi logik deduktif hendaklah sama ada kedua-duanya benar atau kedua-duanya palsu.

Antara contoh penggunaan kaedah deduktif ini:


 1, Hujahan yang benar
‘semua manusia bernafas dengan menggunakan oksigen.’
 ‘ Alia ialah seorang manusia”
                                                   
Oleh itu Alia bernafas menggunakan oksigen.      





 2, Hujahan yang palsu tetapi masih lagi merupakan sebuah  deduksi:
     
 ‘semua planet di dalam sistem suria kita mempunyai atmosfere’
 ‘Utarid adalah salah satu planet di dalam sistem suria kita.’
      
Oleh itu, Utarid mempunyai atmofera.




LOGIK INDUKTIF

Induktif merupakan satu proses menyatakan kesimpulan daripada  yang khusu kepada yang umum dan juga dikenali sebagai kaedah Bacon kerana pernah dipelopori oleh Sir Francis Bacon(ahli falsafah Inggeris).

Induktif mempunyai kaitan rapat dengan logik moden. Kaedah menggunakan induktif disebut sebagai induksi. Dalm kaedah ini, salah satu daripada penyataan tersebut iaitu sama ada premis atau kesimpulannya boleh benar dan palsu.

Antara contoh penggunaan kaedah induktif:





"gagak itu berwarna hitam,maka semua gagak berwarna hitam"











Penyataan ini tidak benar kerana kita tidak boleh mengganggap semua gagak berwarna hitam hanya dengan melihat seeor gagak berwarna hitam. Hali ini kerana terdapat juga gagak yang berwarna cerah disebabkan penyakit albino. Melalui contoh tersebut, dapat diperhatikan bahawa penggunaan kaedah induktif tidak memerlukan premis dan kesimpulan yang benar.



                                                                       Gagak putih





3 comments: