Wednesday 28 December 2011

LOGIK (DEFINISI DAN PRINSIP ASAS LOGIK)



PENGENALAN

Pemikiran logik adalah cara pemikiran yang kerap dan gemar digunakan dalam merancangkan sesuatu perkara. Secara amnya logik difahami sebagai apa yang boleh difahami oleh akal manusia, iaitu menggunakan bukti bagi menjelaskan sesuatu yang tidak  jelas pada mulanya.

DEFINISI

Logik berasal dari perkataan Yunani iaitu “logos” yang bermaksud pengucapan, pernyataan, pemikiran dan pemikiran akal iaitu sebab. Logik adalah cara mempelajari dan prinsip-prinsip yang digunakan untuk membezakan betul dan salah sesuatu hujah.
            
             Pemikiran secara logik ialah cara seseorang melihat sesuatu dan daya usaha untuk mengenal pasti apa yang salah dan apa yang betul mengikut logiknya. Berfikiran logik ini juga suatu proses yang cuba mencari maklumat, ilmu, data dan fakta mengenai kebenaran sesuatu perkara. Dengan kata lain logik bermaksud alasan yang dikemukakan untuk mengukuhkan sesuatu keadaan kebenaran yang boleh diterima akal.
            
             Kebanyakan pemikiran yang betul dari logik akal terbukti salah jika dilihat dari sudut realiti alam dan kehidupan sebenarnya. Logik tentang satu perkara dari segi akal manusia semata-mata dan logik berdasarkan realiti alam sebenar. logik akal semata-mata juga disebut logik matematik manakala logik berdasar realiti alam sebenarnya juga disebut logik natural atau logik alam.


TIGA PRINSIP ASAS LOGIK

1, Prinsip identiti : Dalam pemikiran logik, prinsip identiti menyatakan bahawa satu objek    sentiasa sama dengan dirinya sendiri(A=A). Secara ringkas jika satu pernyataan adalah benar, maka ia adalah benar.

2, Prinsip pertengahan (excluded middle) : Dalam prinsip ini , satu kenyataan boleh jadi sama ada A=B atau A tidak sama B. Ia merupakan ciri-ciri definasi bagi prinsip pengecualian ketiga (principle of thee excluded third/ principium tertili exclusi). Dalam prinsip ini, satu penyataan adalah benar ataupun palsu.

3, Prinsip kontradiksi / Prinsip percanggahan : Dalam prinsip ini, satu pernyataan tidak boleh menjadi benar atau palsu serentak. Mengikut kenyataan undang-undang yang paling tua, dua prinsip percanggahan pada masa yang sama tidak boleh menjadi benar. Hubungan kontradiksi berlaku apabila dua proposisi berbeza seluruhnya dalam sifat dan jumlah (quality and quantity). Ini merupakan pernyataan undang-undang yang diberikan oleh Aristotle. Ia tidak mengambil kira kebenaran bagi kedua-dua proposisi, jikalau anda adalah benar, orang lain tidak benar, maka satu daripada dua mesti benar.

5 comments: