Wednesday 28 December 2011

KREATIVITI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH

KREATIVITI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH

Menurut  Ainon Mohd et al.(2005) terdapat beberapa panduan untuk menyelesaikan masalah secara kreatif.

PERTAMA
Jangan terus menggunakan penyelesaian pertama yang diperoleh, kerana ia belum tentu yang terbaik. Teruskan berfikir untuk mencari penyelesaian lain, kemudian baru memilih pnyelesaian yang terbaik.

KEDUA
Cuba fikirkan apakah cara-cara yang mungkin digunakan oleh orang lain seandainya masalah itu berlaku kepada mereka.

KETIGA
Jangan bersikap defensif pada sesuatu masalah, terutamanya apabila berhadapan dengan masalah yang dipercayai menyusahkan dan membebankan. Sikap defensif menyebabkan individu tidak dapat berfikir secara kreatif kerana terlalu memikirkan akibat-akibat yang bakal ditanggung.

KEEMPAT
Minta pendapat orang lain yang tidak terlalu terlibat dengan masalah tersebut, kerana mereka  memisahkan diri daripada masalah tersebut dan mempunyai pandangan yang lebih objektif dari pandangan sendiri.

KELIMA
Biasakan diri dengan cara mengeram idea-idea untuk menyelesaikan masalah. Elakkan terburu-buru untuk menyelesaikan masalah.

KEENAM
Yakin pada diri diri dan idea sendiri. Ramai orang yang tidak yakin pada kebagusan idea-idea mereka kerana bimbang dikatakan idea bodoh. Akhirnya idea mereka mati begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment