Friday 30 December 2011

KERJA BERPASUKAN (2)

CABARAN KEPADA KERJA BERPASUKAN



1, FORMING/PEMBENTUKAN

Pasukan dibentuk dan tugas diagihkan. Di sini ahli pasukan lebih kepada pelakuan perseorangan. Walaupun persefahaman itu ada, tetapi ahli pasukan tidak mengenali satu sama lain untuk mempercayai. Masa dihabiskan untuk merancang, mengumpul data dan menjalinkan hubungan antara satu sama lain.

2, STORMING/MENCAMBAH

Pasukan cuba menangani tugasan pekerjaan dengan mencadangkan idea-idea. Akan tetapi percangahan idea dan jika fasa ini tidak dikendali dengan baik, ia akam melumpuhkan kerja berpasukan. Perhubungan antara pasukan akan terbentuk atau tidak di fasa ini.
                Jika pasukan terlebih fokus untuk mendapatkan persetujuan semua, pasukan mungkin akan memilih jalan atau cara terbaik untuk menyelesaikan masalah atau pekerjaan. Ini akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Amatlah pentig jika difasa ini, pasukan tersebut memnpunyai pemimpin yang boleh menjalankan pekerjaan debgan teguh dan kuat.

3, NORMING/NORMA

Dalam fasa ini ahli pasukan bergerak kea rah bekerja secara harmoni dengan ahli bersetuju terhadap nilai dan peraturan pasukan beroperasi. Dalam situasi yang terbaik, pasukan boleh bertindak supaya ahli pasukan mengambillebih tanggungjawab. Risiko yang mungkin berlaku ialah pasukan mungkin menjadi relax dan dan mereka kehilangan daya kretiviti dan daya usaha yang membawa mereka ke tahap tersebut.

4, PERFORMING/MENJALANKAN

Tidak semua pasukan akan mencapai tahap ini. Pasukan dikenali sebagai pasukan yang Berjaya  menjalankan tugas jika mereka ada keupayaan bekerja sendiri, bermotivasi, berilmu dan berdaya boleh. Keputusan dibuat secara kolaboratif dan sikap bertoleransi diamalkan kerana wujud sikap saling hormat menghormati dalam komunikasi antar ahli pasukan.

5, ADJOURNING & TRANSFORMIG/ PENAMATAN

Ini adalah fasa terakhir yang ditambah oleh Tuckman untuk meliputi penamatan projek dan pembubaran kerja berpasukan. Pasukan boleh kembali ke mana-manafasa dalam model ininjiak mereka mengalami perubahan seperti melihat semula matlamat projek atau perubahan ahli pasukan. Dalam pasukan yang Berjaya, apabila seseorang ahli pasukan meninggalakn pasukan dan ahli baru masuk, pasukan biasanya akan ke faa forming.



KELEBIHAN DAN FAEDAH KERJA BERPASUKAN

1, Memupuk Sikap Bekerjasama                                           
2, Membuat Keputusan dan Penyelesaian Masalah
3, Sumber Manusia Lebih Produktif
4,Membina Komitmen
5, Komunikasi berkesan
6, Berkualiti
7,Semangat dan Motivasi
8, Mengurangkan Tenaga dan Kakitangan
9, Kepuasan Bekerja





CIRI-CIRI KERJA BERPASUKAN



1, Kepimpinan Ketua
2, Keanggotaan Ahli
3, Rangkaian Hubungan
4,Cara Penyelesaian Masalah
5,  Mencapai Matlamat


RUMUSAN...

Kepimpinan dalam organisi adalah merupakan faktor yang penting dalam menentukan jatuh bangun sebuah organisasi kerana  pemimpinlah yang menentukan bagaimana anggota lain digerakkan ke tahap maksimun bagi mencapai matlamat organisasi.

No comments:

Post a Comment