Friday 30 December 2011

KEPIMPINAN (DEFINASI)



DEFINISI KEpimpinan


1, Satu proses dimana seorang ejen menpengaruhi atau memujuk subordinatnay supaya berkelakuan seperti yang dikenhendaki(Bennis 1959).

2, Hadirnya pengaruh tertentu di dalam hubungan diantara dua orang atau lebih (Hollander dan Julian 1969).

3, Mengarah atau menyelaras kerja-kerja ahli kumpulan (Fiedler 1967)

4, Hubungan antara perorangan(interpersonal) iaitu ahli lain mematuhi.

5, Merobah pengikut, membentuk visi dan matlamat yang mungkin boleh dicapai, dan dapat menerangkan dengan jelas cara untuk mencapai matlamat tersebut(Bass 1985)

6, Proses mempengaruhi kumpulan yang terancang kearah mencapai (Roach & Behling 1984)

7, Tindakan-tindakan yang memfokuskan sumber untuk mencipta peluang-peluang yang dikehendaki (Campbell 1991)

8, “Kepimpinan adalah kebolehan memujuk pengikut supaya memahami objektif organisasi. Ia adalah faktor manusia yang mengajak anggota kumpulan supaya bergerak bersam-sama, memberi mereka motivasi bagi mencapai matlamat organisasi. Aktiviti kepimpinan melibatkan aspek perancangan, penyusunan organisasi, dan membuat keputusan yang mencetuskan motivasi dalam kalangan anggota kumpulan bagi mereka mencapai matlamat(Davis 1967).

9, Northouse (2007) mengemukakan satu definasi yang mudah difahami seperti berikut: “kepimpinan adalah proses di mana individu mempunyai upaya mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat organisasi dan membawa organisasi ke arah yang lebih mantap dan teguh.



DALAM SEMUA DEFINISI KEPIMPINAN TERDAPAT BEBERAPA ELEMAN PENTING ATAU FAKTOR UTAMA SEPERTI BERIKUT:

1.       PEMIMPIN
pemimpin hendaklah mengetahui siapakah dirinya sendiri, apakah kekuatan dan kelemahan dirinya sendiri, apakah kurang diketahui, dan apakah pemimpin perlu lakukan jika terdapat perkara yang belum mahir.


2.       PENGIKUT


pemimpin yang berkesan mempunyai hubungan yang baik dengan pengikutnya.

3.       KOMUNIKASI

komunikasi amat penting antara pemimpin dan pengikut kerana tanpa komunikasi  matlamat organisasi gagal difahami bersama.

4.       SITUASI 

pemimpin perlu memahami sesuatu situasi dan mengaplikasi tindakan yang sesuai menurut masa, tempat dan upaya anggota pasukan.

1 comment:

  1. Slot Machine Games - Mapyro
    서귀포 출장안마 slot-machine-games › slot-machine-games 전주 출장마사지 Slot machine games in Mapyro. Discover the 여주 출장안마 best games 남양주 출장마사지 on 안성 출장샵 Mapyro.

    ReplyDelete