Tuesday 27 December 2011

PEMIKIRAN KRITIS

1) Kritikos merupakan perkataan yunani yang membawa maksud menimbang atau judge.

2) Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga perkataan kritis bermaksud ‘tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu’. Bermakna:
ü  Tidak menerima sesuatu secara bulat-bulat.
ü  Perlu membuat pertimbangan baik buruk sesuatu.

3) Pemikiran ini telah lama wujud semejak zaman Greek Gang  of Three  iaitu Aristotle, Socrates dan Plato.
ü  Member i  pandangan cara berfikir  yang menekankan analisis, perdebatan dan penghakiman.

4) Sesuatu yang ditekankan dalam pemikiran kritis adalah pertimbagan idea secara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah.

5) Apabila berfikir secara kritis juga, seseorang dapat mencari kelemahan, kesilapan dan kesalahan pada cara-cara berfikir seseorang dan candangan yang dikemukakan.

6) Pemikiran kritis adalah bersifat terbuka kerana pemikiran ini menerima sesuatu idea dan berupaya untuk mempertimbangkan idea tersebut dengan analisis secara kritis dari pelbagai aspek dan sudut.

7) Pemikiran kritis memberi  ruang untuk pencernaan idea dan konsep baru yang lebih sempurna daripada pandangan atau idea yang diterima sebelumnya.

8) Pemikiran kritis ini adalah penting tetapi  apabila terlalu dititikberatkan pemikiran ini boleh  menjadi lebih memusnahkan.

9) Pemikiran kritis sahaja tidak boleh  berdiri dengan sendirinya, ia memerlukan kemahiran pemikiran yang lain supaya idea yang dikenal pasti boleh diperbaiki bersama.


No comments:

Post a Comment