Friday 30 December 2011

PEMBANGUNAN KEPIMPINAN MELALUI KERJA BERPASUKAN


   DEFINISI KONSEP KERJA BERPASUKAN


Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan yang unik tapi kreatif. Hal ini kerana pendekatan kerja berpasukan mengenal pasti segala kekuatan dan kelebihan kesemua ahli, mengembleng segala elemen positif dan mengabungkannya sebagai satu punca tenaga yang baru (Francis & Young 1979). Pemimpin atau pengurus boleh menjadikan satu pasukan kerja yang lebih efektif dengan cara mengumpul semua ahlinya yang berbakat serta memupuk dan memotivasikan semangat mereka menjadi lebih positif  demi mencapai matlamat pasukan kerja yang ditetapkan.


PERBEZAAN ANTARA KERJA BERKUMPULAN DAN KERJA BERPASUKAN




KERJA BERKUMPULAN atau GROUP WORK terdiri daripada individu yang melakukan kerja masing-masing yang dipertanggungjawabkan dalam satu kumpulan. Ahli-ahli dalam satu kumpulan ini mungkin tidak mempunyai matlamat yang sama tapi mereka masing-masing bertekad mahu menyiapkan kerja mereka. Kesimpulannya dalm kumpulan kerja, ahli berusaha  untuk menyiapkan kerja demi untuk mendapatkan ganjaran yang tertentu seperti pengiktirafan emosi ataupun pulangan kewangan.



KERJA BERPASUKAN ialah satu kumpulan kerja ahli-ahlinya melaksanakan tugas bersama-sama dan berusaha mewujudkan suasana kerja yang lebih harmonis (Shari,1991). Francis Young(1997) menambah bahawa ahli  kepada satu pasukan kerja bekerja dalam satu kumpulan dengan tekad untuk bekerjasama. Ahli pasukan mempunyai satu matlamat yang sama bagi iaitu, menyiapkan sesuatu kerja. Dengan ringkasnya ahli pasukan kerja mempunayai garis panduan dan atur cara yang ditetapkan dan beriltizam memberikan hasil kerja yang berkualiti dem untuk mencapai wawasan bersama.

No comments:

Post a Comment