Friday 30 December 2011

CIRI-CIRI PENYELESAIAN MASALAH YANG BAIK DAN TIDAK BAIK....CIRI-CIRI PENYELESAIAN MASALAH EFEKTIF DAN TIDAK EFEKTIF.....FAKTOR KEGAGALAN MENYELESAIKAN MASALAH

CIRI-CIRI PENYELESAIAN MASALAH YANG BAIK DAN TIDAK BAIK

CIRI-CIRI PENYELESAIAN MASALAH YANG BAIK
CIRI-CIRI PENYELESAIAN MASALAH YANG TIDAK BAIK.
Sedar tentang keserupaan, kelainan dan analogi.
Tidak boleh mengenal pasti serta mendefinisikan masalah.
Boleh mengenal pasti unsur-unsur yang penting dalam sesuatu masalah.
Suka meninggalkan masalah yang kompleks
Mahu bersikap fleksibel dalam bertukar-tukar cara penyelesaian.
Cepat membuat kesimpulan(jawapan) tanpa memikirkan langkah demi langkah.
Bersikap positif bahawa setiap masalh boleh diselesaikan melalui analisis yang berterusan.
Tidak percaya kepada analisis yang berterusan boleh menyelesaikan masalah.
Mengambil berat tentang dan memahami fakta-fakta dengan sepenuhnya.
Gopoh membuat pemilihan cara penyelesaian masalh yang terbaik.
Boleh memecah masalah kepada bahagian yang  lebih kecil.


CIRI-CIRI PENYELESAIAN MASALAH EFEKTIF DAN TIDAK EFEKTIF

CIRI-CIRI
EFEKTIF
TIDAK EFEKTIF
SIKAP
Percaya bahawa masalah boleh diselesaikan.
Cepat putus asa.
TINDAKAN
Memahami masalah berulang kali.
Memeriksakan masalah.
Bertanyakan soalan.
Mencipta gambaran mental.
Melukis lakaran.
Menulis soalan.
Tidak cepat membuat kesimpulan.
Hanya mengharapkan penyelesaian akan muncul sendiri.
Tidak mampu untuk memeriksa masalah.
Terus melompot membuat kesimpulan.
KETEPATAN
Memeriksa berulang kali.
Tidak mameriksa.
PROSEDUR PENYELESAIAN
Memecahkan masalah kepada bahagian yang lebih kecil.
Bermula pada titik pertama yang mereka fahami.
Menggunakan konsep-konsep asa sebagai landasan.
Menggunakan heuristika
Bertahan apabila tersekat.
Menggunakan formula-formula kuantitatif.
Mengikut perkembangan kemajuan.
Tidak memecahkan masalah
Tidak tahu di mana hendak bermula.
Gagal untuk mengenal pasti konsep-konsep asas.
Meneka
Berhenti bila tersekat.
Tidak menggunakan sebarang formula-formula kuantitatif.

FAKTOR KEGAGALAN MENYELESAIKAN MASALAH

1, Tidak menyedari akan kehadiran masalah dalm sesuatu situasi dan tidak menyedari isu sebenar  yang perlu diselesaikan.
2, Tidak mempunyai maklumat yang menunjukkan ada masalah sedang berlaku dan perlu diselesaikan.
3,  Sesuatu masalah yang terjadi  itu terlalu besar sehingga tidak mampu ditangani dan difahami.
4, Ramai orang yang tiada pengalaman dan pengetahuan menjadi punca pada sesuatu masalah dan tidak menyedari mereka sebenarnya yang menyebabkan timbulnya masalah tersebut.
5, Kita sering memberi  perhatian pada bahagian yang nyata sahaja dan bukannya pada bahagian yang penting.
6, Tidak cukup waktu untuk mengumpul data atau menganalisis data, menyebabkan kita gagal memahami masalah dengan tepat.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH


1,  Mencari sebab-sebab timbulnya masalah dengan meneliti keadaan pada masa tersebut dan mencari tujuan serta sebab masalah tersebut perlu diselesaikan.
2,  Memfokuskan isu-isu yang penting, halangan kepada penyelesaian dan sebab timbulnya halangan juga dikenalpasti.
3, Seterusnya mencari dan menyenaraikan pelbagai kemungkinan penyelesaian masalah dan alternatif.
4, Selepas itu, semua alternative penyelesaian yang tersenarai dikaji berdasarkan kesan dan akibat, dari segi kebaikan dan keburukannya serta kepentingannya.
5, Maka, sesuatu alternative penyelesaian yang terbaik akan terpilih dan diguna untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

RUMUSAN

Setiap masalah yang dihadapi akan terkandung di dalamnya benih penyelesaian. Oleh itu, kita harus memikirkan dan mengambil langkah yang bijak untuk mengatasi masalah tersebut….(^_~)

No comments:

Post a Comment