Wednesday 28 December 2011

PROSES, KEMAHIRAN DAN STRATEGI MENYELESAIKAN MASALAH

PROSES MENYELESAIKAN  MASALAH

Berikut merupakan susunan proses dalam menyelesaikan masalah:
  • Menyedari masalah
  • Memahami masalah
  • Meneroka pilihan-pilihan penyelesaian
  • Meninjau kesan akibat pilihan
  • Memilih pilihan terbaik sebagai penyesaian

KEMAHIRAN  MENYELESAIKAN  MASALAH

Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu. Menyelesaikan sesuatu masalah boleh dijadikan sebagai cabaran kepada seseorang. Seseorang akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya terdesak untuk menanggani keadaan yang tidak menyenangkan. Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendaklah dipertimbangkan semula ataupun ditolak.




STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Algoritma : prosedur langkah demi langkah yang sistematik dan konsisten dan menghasilkan penyelesaian yang sama.

Heuristik : Jalan pintas yang berkemungkinan tinggi membawa kepada penyelesaian tepat. (rules of thumb). Ia merupakan butir-butir maklumat lama yang telah membantu penyelesai pada masa duhulu.

Submatlamat : Srategi memperincikan sesuatu masalah kompleks kepada beberapa submatlamat atau masalah kecil(sub-problem).






No comments:

Post a Comment